Thursday, July 19, 2012

Dah lama...

Assalam semua dan salam sejahtera..Pergh...dah lama gler aku x update blog ni...sejak menerjah profession kontraktor ni, byk aktiviti aku dah kurangkan..sementara tgu baby baru yg dah lma aku tgu tak kuar2 ni, so aku update le skit kat blog yg dah bersawang ni..

Due date wife aku sepatutnya smlm..tapi baby x mau kuar lg...hmm...may be date tu salah kot..so, skrg ni aku tgu ckp doc..tp rasanya cam dh kena deliver arini gak..baby ni seronok duk dlm perut ibu dia kot..

Risau gak aku if dipaksa bersalin ni..tapi nak buat camana if dah doc ckp cmtu...risau campur takut...cam aku je yg nak bersalin..

Ok..confirm..doc suh wife aku masuk wad arini..aku kena siap2 g hosp temerloh..nnt aku update lg n if sempat aku upload gambar yg berkaitan k..

Adiosamigos...

Wednesday, December 7, 2011

Puisi Dari Hati

Hai fren semua..aku nak share 1 puisi yg agak tersentuh...credit toShutterClick Photography.Layanzz....

puisi cinta yg datang dari hati....


Aku pasti punya masalah
Tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat
Dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau menjadi isteriku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.

Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri,
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam,
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik,
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan,
Dan memohon pada Tuhan,
Agar kau, bukan sahaja kau menjadi isteriku,
Tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala

Isteriku.
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku.
Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak.
Selamat menjadi menantu ibu bapaku.
Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku.
Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku.

Sunday, December 4, 2011

New Life

Alhamdulilah...selamat menyambut Ma'al Hijrah 1433H...dah lama aku x update blog ni..rupanya dah hampir setengah tahun aku berhijrah kehidupan kerja..dari bekerja makan gaji kini aku bekerja sendiri...half year pertama ni amat memeritkan...banyak sungguh dugaan aku terima...caci cerca dan tohmahan dari org terdekat membuat aku bertambah kuat dan aku sentiasa berfikir positif...

9/10 rezeki tu datangnya dari perniagaan..itu yang aku pegang utk meneruskan legasi syarikat Meranti Paka Sdn Bhd ni...banyak yang aku belajar utk the 1st half year ni...apa yg aku nampak dlm buat bisnes ni kena byk bersabar...ibarat kita tanam pokok buah...tanam hari ini dan hasilnya 2 tahun slps tu plak..dalam bisnes yg aku terajui skrg ni byk dramanya...jgn kita letakkan kepercayaan sepenuhnya pd org yg kita kenal...kelak dia akan memburukkan diri kita...mula le post benda2 yg x sdap dibaca dlm fb...yg husband & wife pn sma post benda x best even x tau perangai sebenar org tu masa bekerja...

dlm menilai diri sendiri, medium yg terbaik adalah org yg menilai kita...pabila org dh bg kepercayaan, kita kena laksanakan sebaik mungkin...even company sendiri pun, jgnlah sampai tindakan kita tu boleh merosakkan nama company kita sendiri...itu periuk nasi kita...org memerhati kita...benda yang baik dan buruk akan diperkatakan...tetapi yang buruk akan menutup segala banyak kebaikan yg kita dah buat...kena berhati-hati dlm setiap tindakan yg diambil...

org senang mengata sedangkan x tau apa yg berlaku sebenarnya...tapi mcmana nak kita perjelaskan semuanya...tu yg buat aku kdg2 pening pala...dlm memilih dan membuat keputusan perlulah diiringi dgn doa dan tawakkal...aku selalu risau if keputusan yg aku ambil tu salah...tp bila dh buat keputusan tu, aku kena terima baik buruknya...if baik, aku akan jadikannya lebih baik..if buruk aku akan buang yang buruk dan gantikan dgn yg lebih baik...

now, byk kerja yg aku dpt dah hand over dgn baik..syukur ke hadrat Illahi...byk lg pengalaman & pelajaran kehidupan yg perlu aku lalui lagi...aku percaya, kehidupan yang aku impikan akan tercapai nanti...kesabaran dan kerjasama dr pelbagai pihak adalah sgt diperlukan...utk isteri dan anak aku...aku berterima kasih kerana beri kesempatan diri ini utk baiki kehidupan kita...sokongan yg kuat dr keluarga kunci kejayaan aku ini...aku terima seadanya kehidupan ini, dan aku sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepadaMu di atas pemberian Rahmat yg x terhingga ini...

p/s: thn dpn akan ada ahli baru...mudah-mudahan semuanya berjalan lancar..Amin..

Monday, March 7, 2011

Rahsia Bola Hitam & Putih

Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma
tinggal bersama pengasuh je.

Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.

Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya. “Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal…apa tuan
tak segan?”

Lantas…… si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,

“Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih ..”

Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa. “Kenapa bola itam dan putih?”

“Tak
perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan
itu
je.”

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je. maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa
berlaluâ⒬¦

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.
Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya
disimpan di dlm
stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi. “anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?. No problem setakat beli
kasut roda je…”.

Si anak
menjawab,”Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.

Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?”

Si bapa geram . walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.

Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.

Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade. musim
rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.
Trend baru….

Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya. Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2. Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu……Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman.
Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: “Biar
kamu tak
malu”.

Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.
Nota
tersebut berbunyi:
“Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya.”

“Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu.
Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu…hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.

Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
“trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih”

Masa berlalu….

Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.
Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut.
Si bapa menjadi
sangat
malu.
Anaknya bukan 4, bukan 3,…2 pun tidak.

Itulah satu-satunya anaknya.
Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal. Si anak menolak
tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.
Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!! .

Tetapi si bapa masih kesal…
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.

Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.

Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee.
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih. Tak
faham perasaan anak
sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya. So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya..bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di
tanya?. Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!

Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.
Nak buat apa lagii…,
fikir si Papa. Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbu kit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2. Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.

Si bapa tiba di Hospital..”macammana doktor, anak
saya?”

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :”Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya… sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..”

Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.

“Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu..” si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan
dia…akrablah dua
manusia itu
beberapa saat. sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya…
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang “mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola
putih”

“Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk…
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik.”

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,”tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2…. saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?”

Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., “KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA
PUTIH ANAKKU… ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU
BERERTI
BUATMU?”

(anda semua pun ingin tahu kan
…?)

Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba….

“sebabnya ….saya.. saya…
saya….”

*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang. Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau…apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.
Isk!Isk! Isk!…….. ..Rasa
nak tumbuk je perut orang yang mula-mula
forward kat
aku.

P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah…Takkan nak jadi
korban
sorang-sorang je kan …

Thursday, October 14, 2010

Hobi baru..


Salam kerinduan pada pembaca blogger..Dah lama aku x update blog ni...Sepanjang cuti raya, aku ada beli sebuah kamera Panasonic Lumix LX5..Dah lama aku ngidam nak beli kamera ni..alhamdulilah...tercapai juga impianku..Kini, aku bermula episod baru dlm hobi mengambil gambar..Aku amat teruja utk mengambil gambar dr pelbagai sudut..Aku gak sdg belajar guna adobe photoshope secara online..seronok hobi ni..aku leh menghabiskan masa berjam2 duk depan pc edit gambo2 yg aku ambik...Aku nak share gambo2 yg aku ambik dlm blog ni..hope korg bleh bg komen pada gambo2 aku tu nanti..Byk lagi yg perlu aku belajar...

Aku masih tahap baru belajor...so, byk tutorial aku kena buat..Aku akan kongsi semua pengalaman aku masa ambil shoot tu nanti dlm blog ni..K, smpai dsini dlu..aku nak samb buat keja...Adios..

Friday, October 1, 2010

Episod Ramadhan Yg Berlalu





Peristiwa Ramadhan yang menggamit jiwa ku...
Berlaku di awal Ramadhan dimana hampir meragut kepunyaanku...
Tanpanya aku akan menghadapi kesusahan yg ketara sgt...
Kisah itu akan aku jadi teladan buat pedoman hidup ini...

Terima Kasih di atas sokongan yang diberikan..
Aku telah jatuh terjelepuk bak nangka busuk..
Aku bangun kembali mengatur langkah di bulan Ramadhan yg penuh rahmat ini..
Aku menyusun langkah demi langkah..
Aku akan pastikan perkara sebegini berlaku dalam kehidupanku lagi...

Terima Kasih ya Allah..
Di dalam bulan Ramadhan yang penuh bharakat ini..
Kau tunjukkan jalan yang aku sendiri telah tersilap selama ini..
Kau telah membimbingku...
Akan aku pastikan keadaan akan lebih baik selepas ini..

Kini Ramadhan telah berlalu...
Meninggalkan memori yg x akan aku lupakan...

Syawal yg dtg membawa 1001 cerita...
Suka, duka, sedih dan sadis melanda...
Akan aku kongsikan bersama...

Terima Kasih di atas sokongan semua...
Masih belum terlambat aku menyampaikan...
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin...

~~Amin~~


Friday, August 13, 2010

Syukur itu satu KEMESTIAN...

sYukur Alhamdulilah....bernafas lagi aku pada hari ini utk menyambut bulan Ramadhan...dulu aku menyambut Ramadhan berdua, kini bertiga....Alhamduliah ke hadrat Illahi, Aliff Rizqi sudah semakin besar...Membesar di dapan mata aku sendiri...skrg dh tumbuh 1 gigi bawah... semakin comel n kiut aku lihat dia...tapi sayang, org yang jauh x tau pun akan kehadirannya...aku rasa diorg x sedar kehadiran aliff...apatah lg perasaan rindu x pernah wujud...biarlah mereka...aku selesa begini...agak lama juga aku tak update blog ni...bulan lps aku agk bz skit sbb ada tender nak dibuat...Alhamdulilah semua tender berjalan ngan lancar...skrg masa utk collect duit plak...haha...mudah2an ada le duit raya utk aku sekeluarga...leh bergaya skit...hehe...

Untuk tahun hdpan, aku dh buat perancangan mcm2...skrg ni aku tgh membuat perbelanjaan nak membuka sbuah toko alat tulis...hmm...anggaran aku RM 30k...so, aku kena mula kumpul modal nak buka toko tu...aku perlu bangun dari kejatuhan yg amat teruk...kehilangan kambing2 boer pada bln june yg lps tak akn buat aku patah semangat...malah aku sentiasa bersyukur ngan apa yg berlaku...bagi ku setiap musibah yg dtg pasti ada yg baik disebaliknya...baru2 ni kwn aku suh ambil alih syarikat cntractor dia plak...aku dh teliti company tu, n mmg berbaloi if aku dpt company tu...tapi aku x mau melompat terus dlm company tu...aku msk sebelah kaki je dulu...masa depan tak boleh nak predict....byk benda kena pikir...family aku single income...so aku x leh terlalu terburu2...rilex n steady je...hehe...

Syukur sekali lagi kepadamu ya Allah kerana telah memberi warna-warni dalam kehidupan keluargaku ni..ada suka dan duka...setiap peristiwa ada teladannya...aku sentiasa berdoa agar keluarga ku selalu dirahmati oleh Mu....Kepada isteriku yang tercinta...aku sentiasa menyayangimu sepenuh hati dan tiada selingkuh dalam hubungan ni...buat ank ku yg comel; aliff rizqi...walidmu akan berusaha memberi yang terbaik untuk membesarkanmu...

Kepada semua umat Islam seluruh dunia....selamat berpuasa, semoga dengan ibadah puasa ini dpt memberi pengajaran kesabaran dlm apa jua keadaan...Peace No War....

Wasalam...